Thursday, August 27, 2009

Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kedah 13 Julai 2009

































Gambar gambar menarik sekitar perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman yang dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dimana diadakan pada 13 Julai 2009 di perkarangan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah.Turut berangkat ialah KDYMM Tuanku Sultanah Kedah Sultanah Hajjah Haminah Hamidun, Y.T.M Tunku Panglima Besar,Dato Seri Tunku Puteri Intan Safinaz,kerabat kerabat diraja, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak dan isteri Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor,YAB Menteri Besar Kedah Dato Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak dan isteri,Ketua Setiausaha Negara dan isteri,Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan isteri,YAA Ketua Pengarah JKSM Dato Hj Ibrahim bin Lembut,YAA Dato Wira Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato Wira Syeikh Yahaya bin Hj Jusoh,Y.A Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kedah,Ketua Pendaftar JKSNK Tuan Syeikh Abdul Rahman bin Abdullah,Tuan-tuan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Kedah,Ketua-ketua Jabatan serta pegawai -pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah.Di majlis ini juga baginda berdua sudi mencemar duli melawat sekitar Kompleks Mahkamah Syariah dan berkenalan dengan para pegawai dan warga kerjanya.Dengan perasmian yang penuh bersejarah dan tersergamnya komplek ini menyaksikan satu lagi mercu tanda dan kegemilangan kehakiman Syariah di negeri ini. Menjunjung Kasih Tuanku...







2 comments: