Monday, August 31, 2009
Mesyuarat Jawatankuasa BKDR
Selamat Hari Kemerdekaan ke 52
Thursday, August 27, 2009
Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kedah 13 Julai 2009








Gambar gambar menarik sekitar perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman yang dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dimana diadakan pada 13 Julai 2009 di perkarangan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah.Turut berangkat ialah KDYMM Tuanku Sultanah Kedah Sultanah Hajjah Haminah Hamidun, Y.T.M Tunku Panglima Besar,Dato Seri Tunku Puteri Intan Safinaz,kerabat kerabat diraja, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak dan isteri Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor,YAB Menteri Besar Kedah Dato Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak dan isteri,Ketua Setiausaha Negara dan isteri,Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan isteri,YAA Ketua Pengarah JKSM Dato Hj Ibrahim bin Lembut,YAA Dato Wira Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato Wira Syeikh Yahaya bin Hj Jusoh,Y.A Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kedah,Ketua Pendaftar JKSNK Tuan Syeikh Abdul Rahman bin Abdullah,Tuan-tuan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Kedah,Ketua-ketua Jabatan serta pegawai -pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah.Di majlis ini juga baginda berdua sudi mencemar duli melawat sekitar Kompleks Mahkamah Syariah dan berkenalan dengan para pegawai dan warga kerjanya.Dengan perasmian yang penuh bersejarah dan tersergamnya komplek ini menyaksikan satu lagi mercu tanda dan kegemilangan kehakiman Syariah di negeri ini. Menjunjung Kasih Tuanku...
Wednesday, August 26, 2009
AL-FATIHAH
Tuesday, August 25, 2009
Mental health
What is mental health?
A: Mental health is not just the absence of mental disorder. It is defined as a state of well-being in which every individual realizes his or her own potential, can cope with the normal stresses of life, can work productively and fruitfully, and is able to make a contribution to her or his community.
In most countries, particularly low- and middle-income countries, mental health services are severely short of resources - both human and financial. Of the health care resources available, most are currently spent on the specialized treatment and care of the mentally ill, and to a lesser extent on an integrated mental health system. Instead of providing care in large psychiatric hospitals, countries should integrate mental health into primary health care, provide mental health care in general hospitals and develop community-based mental health services.
Even less funding is available for mental health promotion, an umbrella term that covers a variety of strategies, all aimed at having a positive effect on mental health. The encouragement of individual resources and skills, and improvements in the socio-economic environment are among the strategies used.
Mental health promotion requires multi-sectoral action, involving a number of government sectors and non-governmental or community-based organizations. The focus should be on promoting mental health throughout the lifespan to ensure a healthy start in life for children and to prevent mental disorders in adulthood and old age.
Monday, August 24, 2009
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh
.2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya
.5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' 'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'
Biro-Biro
Cik Nur Afni Binti Othman - Pengerusi
Tn. Syeikh Ahmad Tarmizi Bin Abdul Halim - AJK
En. Wan Nor Kamal Bin Wan Harun - AJK
Biro Kebajikan
En. Ali Bin Taha - Pengerusi
Pn. Ruzaini Binti Sabu - AJK
Pn. Siti Ajar Binti Din - AJK
Cik Suzaini Binti Mohd Radzi - AJK
Biro Sukan & Rekreasi
Tn. Syeikh Zain Ali Bin Abd Ghani - Pengerusi
En. Zulkifli Bin Shaari - AJK
En. Muhammad Fadhli Bin Basir - AJK
En. Zekree Bin Ismail - AJK
Biro Penjanaan & Penerbitan
Tn. Syeikh Hafiz Helmi Bin Hashim - Pengerusi
Cik Syaripah Rosdiyana BInti Syed Ahmad - AJK
Pn. Norintan Fairulliza Binti Jamaluddin - AJK
Sunday, August 23, 2009
Selamat Berjaya
Penggunaan Penutup Mulut Dan Hidung (Mask) Di Kalangan Masyarakat
Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
Individu berusia 65 tahun dan ke atas
Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
Wanita mengandung
Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?
Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).
Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?
Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.
Apakah kegunaan surgical mask?
Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.
Rujuk lampiran 1 bagi rumusan penggunaan mask /respirator
Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?
Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
- Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.
Saranan WHO berkaitan dengan Kebersihan Tangan
Bagi individu yang sihat :
Kekalkan jarak sekurang- kurangnya 1 meter daripada individu yang disyaki menghidap influenza :
Jangan menyentuh mulut dan hidung.
Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun dan gunakan bahan pembersih tangan berasakan alkohol, terutamanya jika menyentuh mulut dan hidung dan permukaan yang mungkin boleh tercemar.
Seboleh- bolehnya, elakkan kontak rapat dengan mereka yang sakit.
Seboleh- bolehnya juga, elakkan berada di tempat sesak;
Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda
dengan sentiasa membuka tingkap
Bagi individu yang disyaki mengalami influenza :
Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat dan patuhi arahan doktor ;
Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mereka yang sihat dan dan pakailah mask bila mempunyai kontak dengan ahli keluarga.
Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi menghalang penyebaran titisan respiratori. Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.
Pastikan pengudaraan di rumah adalah baik.
Pekerjaan (penjagaan kesihatan)
Menjaga mereka yang disyaki atau telah menghidap H1N1 atau influenza
Mask disyorkan kecuali untuk prosedur berisiko, penggunaan N95 adalah disarankan
Cegah influenza A(H1N1)
Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun
Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
Gosok kedua-dua tapak tangan
Gosok setiap jari dan celah jari
Gosok kuku di tapak tangan
Gosok belakang tangan dan celah jari
Cuci tangan dengan air bersih
Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)
Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
Letak bahan pencuci ke tapak tangan
Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit
Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:
Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
Bila-bila masa tangan anda kotor
Influenza A(H1N1) :
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.
Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
Berehat secukupnya.
Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
Amalkan adab batuk yang baikPesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
Jangan kongsi peralatan peribadiPeralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.
C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
Batuk berdarah atau kahak berdarah
Sakit dada berterusan
Cirit-birit atau muntah yang kerap
Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
Rasa pening apabila berdiri
Kurang kencing
Tahniah
AHLI JAWATANKUASA BKDR JKSNK SESI 2009/2011
- Tuan Syeikh Ahmad Sukri bin Che Din -Pengerusi
- Tuan Syeikh Zain Ali bin Abd Ghani -Timbalan Pengerusi
- Tuan Syeikh Shahmi bin Awang -Setiausaha
- Encik Ahmad bin Md Isa -Bendahari
- Tuan Syeikh Ahmad Tarmizi bin Abdul Halim -AJK
- Tuan Syeikh Hafiz Helmi bin Hashim
- En Wan Nor Kamal bin Wan Haron
- En Ali bin Taha
- En Zekree bin Ismail
- En Muhammad Fadli bin Basir
- En Zulkifli bin Shaari
- Puan Ruzaini binti Sabu
- Cik Suzaini binti Mohd Radzi
- Puan Norintan Fairulliza binti Jamaluddin
- Cik Azniza binti Abd Aziz
- Cik Syaripah Rosdiyana binti Syed Ahmad
- Puan Siti Ajar binti Din
- Puan Nur Afni binti Othman
Badan Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
1.Untuk mengumpul semua pegawai dan kakitangan JKSNK dan menanamkan ikatan persaudaraan serta hubungan yang mesra
2.Untuk menjaga kebajikan dan faedah ahli serta memeliharanya
3.Untuk memperkenalkan dan mengadakan samada secara sendiri, bersama dengan mana mana persatuan atau pertubuhan,kelab berdaftar atau mana mana orang , pertandingan yang berbentuk sukan dan aktiviti dan perlawanan dan menawar, memberi atau menyumbang hadiah, medal medal dan anugerah dan untuk memperkenalkan, mengadakan atau menganjurkan makan malam dan seumpannya
4.Memenuhi menyumbang,menaja,membantu,menolong atau menganjur,pendidikan ahli-ahli dan keluarga mereka yang memerlukan
5.Untuk melabur dan berurusan dengan wang Badan yang tidak digunakan dalam masa yang singkat di atas dan dalam keadaan dari semasa ke semasa akan ditetapkan dan semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Badan ini hasil penyertaannya dalam mana mana perniagaan dan pelaburan akan digunakan semata mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Badan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli badan.Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Badan ini.
6.Memenuhi dan menyumbang kepada badan badan amal,agama dan lain lain tujuan yang patut
7.Melakukan semua perkara yang sah dan bersempurna atau sesuai untuk mencapai tujuan tujuan diatas