Sunday, September 27, 2009

Selamat Ulang Tahun


Happy birthday kepada En Ikhwan Ardhi Hashim diatas sambutan hari lahir pada 27 September 2009..Panjang umur,sihat sejahtera bersama keluarga dan teman..Semoga kehadirannya membawa rahmat dan dibuka pintu rezeki seluasnya....

Selamat Ulang Tahun

Tahniah kepada Kak Siti Ajar diatas ulangtahun kelahiran pada 23 September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430H yang ke ......(ooopps rahsia )..Semoga dirahmati,dikasihi Allah,suami,keluarga,teman teman dan bahagia selalu....sorry lambat post sebab cuti raya...hehehe...hepi besday yaa...hadiah tahun depan kot...

Wednesday, September 16, 2009

SElaMat Hari rAyA


kaMi waRga Mahkamah Rendah Syariah Bandar Baharu ingiN meNgucapkan selamat hari RAYA AIDILFITRI mAaf zaHir daN baTin kEpada semua warga jAbatan kEhakimaN Syariah seluruh nEgeri Kedah..

Monday, September 14, 2009


deNgan inGataN tuLus iKhLas daRipada Syeikh AhmaD Nawawi B. Ghazali.
SaLam AidiLfiTri buat anda semua yang dikasihi dan agar kita semua dirahmati Ilahi...di bulan yang mulia ini.

MiNaL aIdILwAlFaIzin...


'KeTuPaT ReNdAnG KeK BlUeBeRry

BiSkUt SaMpRiT AtAsNyA BuAh CeRi

SaLaM CeRiA D' AiDiLfItRi

SeRiBu KeMaAfAn KaMi PoHoNi'

HEPI BESDAY 2 UST. ABD. HALIM


SEMUA WARGA MRS KULIM MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-38 KEPADA UST. HALIM...SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, MURAH REZEKI DAN SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI YANG ESA..SEMOGA USTAZ CERIA DAN HEPI SELALU...

Salam Eidul Fitri


TAKBIR BERGEMA DI PAGI RAYA

MERDU SUARA ALUNAN BERBUNYI

AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA

SEMOGA AIDILFITRI INI DIBERKATI.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI WARGANITA MRS KULIM.

Sunday, September 13, 2009

Renungan

Denmark bakan bakar Quran Oleh: alhusseyn"
From: Affendi Abdullah draffendi52@ yahoo.co. uk
Carefour enggan memboikot barangan Israeli/American/ Denmark . KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt & Starbucks telah mengambil keputusan untuk membeli barangan Denmark bagi menyelamatkan kerugian mereka.Boikot barangan Denmark dan sampaikan berita ini kepada sesiapa sahaja !!!!!
Denmark mahu membakar kitab suci al-Quran pada Sabtu akan datang di satu kawasan lapang di Coppenhagen (ibukota Denmark ), sebagai reaksi terhadap pemboikotan ummat Islam keatas barangan mereka.
Diharap kita semua bersatu memboikot barangan mereka dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa supaya menunjukan kesan rancangan jahat mereka , menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada seluruh dunia. Sampaikan berita ini kepada mereka yang anda kenal.Denmark semakin terdesak Sila panjangkan berita ini. Assalaamu 'Alaikum, Berita gempar, harap anda semua tahu tentang akhbar Denmark yang telah mempersendakan Rasulullah SAW dan hingga kini mereka tidak menyesalinya. .Marilah kita jadikan mereka menyesalinya. Duta Besar Denmark. Perdana Menteri dan Denmark National Channel; kesemua mereka sedang merancang berbuat sesuatu untuk menghentikan pemboikotan ummat Islam sejak bulan lepas , dimana mereka telah mengalami kerugian hingga 4 billion Euro.
Jika kita meneruskan pemboikotan barangan Denmark 7 bulan atau lebih lagi , kerugian dianggarkan mencapai sekitar 80 billion Euro..Sila sampaikan maklumat ini kepada setiap Muslim yang anda mampu usahakan. Ingatlah ; Rasulullah mungkin akan bertanya kepada anda di hari akhirat kelak : Apa yang telah anda lakukan apabila mereka mempersenda- sendakan aku? Bagaimana anda mempertahankan saya?
Minuman 7-up , LEGO, cokolat Cadbury , Hall Chewing gums atau apa-apa barangan yang mempunyai kod bar bermula dengan angka 57 . Tolong yakinkan semua ummat Islam supaya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh negara Denmark

Saturday, September 12, 2009

Friday, September 11, 2009

Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN

Tahniah dan didoakan panjang umur,murah rezeki,sihat sejahtera dan berbahagia kepada Puan Noor Hayati binti Saad ( MRS Kota Setar ) kerana sambutan hari lahir pada 09.09.2009.......semoga kehadiran hari bahagia ini akan membawa tuah,rahmat dan kesejahteraan kepada seisi keluarga.....Happy Birthday to you..................

Tuesday, September 8, 2009

SALAM IDUL FITRI



Ramadhan akan berlalu pergi,Syawal pula menjelma diri...berakhir sudah puasa yang menyuci diri,tiba pula kemenangan dirai...kami dengan rendah hati..mengucapkan Salam AildilFitri...buat teman teman dan warga kerja JKSNK yang dikasihi....maaf dipinta tangan dihulur salam diberi....andai kami menyinggung hati...menggoncang perasaan tanpa disedari...maaf dari kami....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....buat anda semua yang dikasihi dan agar kita semua dirahmati Ilahi...di bulan yang mulia ini.....ikhlas dari warga MRS KUBANG PASU.....

SELAMAT ULANG TAHUN


Selamat Ulang tahun keputeraan kepada Ustaz Abdul Ghani bin Kariya dan Puan Zuraini binti Ibrahim sempena sambutan hari lahir pada 07.07.2009.Semoga kehadirannya membawa berkat dan rahmat, murah rezeki, panjang usia dan sihat sejahtera....Happy birthday to you......

Sunday, September 6, 2009

Selamat Hari Lahir

BKDR dengan berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua kakitangan JKSNK yang menyambut hari lahir pada bulan September 2009.

Abdul Ghani B. Kariya [MRS Yan] - 07/09/1972
Zuraini Bt. Ibrahim [MRS Kota Star] - 07/09/1974
Noor Hayati Bt. Saad [MRS Kota Star] - 09/09/1977
Jaafar B. Din [MRS Kuala Muda] - 10/09/1953
Abdul Halim B. Yusoff [MRS Kulim] - 18/09/1971
Siti Ajar Bt. Din [MRS Kubang Pasu] - 23/09/1979
Ikhwan Ardhi B. Hashim [MRS Kota Star] - 27/09/1981

Semoga Panjang Umur & D'Murahkan Rezeki

Saturday, September 5, 2009

Al Fatihah.....


Takziah kepada Encik Izzudin bin Abd Sattar Pembantu Tadbir Kewangan MRS Langkawi kerana kehilangan ayahanda tercinta pada hari ini.Takziah dari kami.Kami doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin dan rohnya dicucuri rahmat..Al Fatihah.....................

Thursday, September 3, 2009

Selamat Ulang Tahun


Happy birthday kepada En Asmuni bin Hj Mat Piah Pembantu Tadbir (P/O) MRS Baling pada 04 September 2009 yang ke 52 tahun...Semoga sihat,murah rezeki,dirahmati Allah,panjang usia disamping keluarga tercinta...............

Jawatankuasa Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009

Tuan Syeikh Zain Ali Bin Abd Ghani - Pengarah Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009
Tuan Syeikh Baharudin Bin Che Nen
Tuan Syeikh Mohd Tarmizi Bin Abdul Aziz
Cik Nor Afni Binti Othman
Puan Norlida Binti Zakaria
Encik Fakrul Razi Bin Hussain
Encik Zainol Bin Salleh
Encik Shahidan Bin Ismail
Encik Wan Nor Kamal Bin Wan Harun

TaHNiAh dr kami

Dimaklumkan mesyuarat pertama akan diadakan pada 10 Sept. 2009, jam 11:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat MRS Kota Star

Wednesday, September 2, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN




Selamat ulang tahun keputeraan kepada Ustaz Zamri bin Abdullah yang ke 32 pada 03 September 2009.Semoga dipanjang umur, murah rezeki di dunia dan akhirat serta sihat selalu disamping keluarga dan rakan seperjuangan dalam irama nasyid....Al Kandisi....

Monday, August 31, 2009

Kem Motivasi anjuran JKSNK
























































Kursus Motivasi Kem Minda Resort Kuala Nerang anjuran JKSNK (2)





























Mesyuarat Jawatankuasa BKDR

Kepada semua ahli jawatankuasa BKDR JKSNK bahawa mesyuarat akan diadakan pada 10 September 2009 jam 9.45 pagi bertempat di bilik mesyuarat MRS Kota Setar untuk membincangkan beberapa aktiviti dan agenda badan...Diharap kepada semua ahli jawatankuasa dapat menghadirkan diri.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 52

Selamat hari kemerdekaan ke 52 kepada semua pegawai dan kakitangan JKSNK..semoga kemerdekaan tahun ini membawa seribu erti kepada kita semua...Bersama sama kita mempertahankan kemerdekaan tanah air tercinta

Thursday, August 27, 2009

Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kedah 13 Julai 2009

































Gambar gambar menarik sekitar perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman yang dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dimana diadakan pada 13 Julai 2009 di perkarangan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah.Turut berangkat ialah KDYMM Tuanku Sultanah Kedah Sultanah Hajjah Haminah Hamidun, Y.T.M Tunku Panglima Besar,Dato Seri Tunku Puteri Intan Safinaz,kerabat kerabat diraja, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak dan isteri Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor,YAB Menteri Besar Kedah Dato Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak dan isteri,Ketua Setiausaha Negara dan isteri,Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan isteri,YAA Ketua Pengarah JKSM Dato Hj Ibrahim bin Lembut,YAA Dato Wira Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato Wira Syeikh Yahaya bin Hj Jusoh,Y.A Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kedah,Ketua Pendaftar JKSNK Tuan Syeikh Abdul Rahman bin Abdullah,Tuan-tuan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Kedah,Ketua-ketua Jabatan serta pegawai -pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah.Di majlis ini juga baginda berdua sudi mencemar duli melawat sekitar Kompleks Mahkamah Syariah dan berkenalan dengan para pegawai dan warga kerjanya.Dengan perasmian yang penuh bersejarah dan tersergamnya komplek ini menyaksikan satu lagi mercu tanda dan kegemilangan kehakiman Syariah di negeri ini. Menjunjung Kasih Tuanku...







Wednesday, August 26, 2009

AL-FATIHAH

Takziah kepada Puan Sazratulwida binti Md Saad Pembantu Tadbir (P/O) MRS Kulim kerana kehilangan ibu mertuanya yang kembali ke rahmahtullah pada 26.08.2009.Semoga Allah menempatkan beliau bersama para solihin..Al-Fatihah....

Tuesday, August 25, 2009

Mental health

Mental Health refers to a broad array of activities directly or indirectly related to the mental well-being component included in the WHO's definition of health: "A state of complete physical, mental and social well-being, and not merely the absence of disease". It is related to the promotion of well-being, the prevention of mental disorders, and the treatment and rehabilitation of people affected by mental disorders.

What is mental health?

A: Mental health is not just the absence of mental disorder. It is defined as a state of well-being in which every individual realizes his or her own potential, can cope with the normal stresses of life, can work productively and fruitfully, and is able to make a contribution to her or his community.
In most countries, particularly low- and middle-income countries, mental health services are severely short of resources - both human and financial. Of the health care resources available, most are currently spent on the specialized treatment and care of the mentally ill, and to a lesser extent on an integrated mental health system. Instead of providing care in large psychiatric hospitals, countries should integrate mental health into primary health care, provide mental health care in general hospitals and develop community-based mental health services.
Even less funding is available for mental health promotion, an umbrella term that covers a variety of strategies, all aimed at having a positive effect on mental health. The encouragement of individual resources and skills, and improvements in the socio-economic environment are among the strategies used.
Mental health promotion requires multi-sectoral action, involving a number of government sectors and non-governmental or community-based organizations. The focus should be on promoting mental health throughout the lifespan to ensure a healthy start in life for children and to prevent mental disorders in adulthood and old age.

Monday, August 24, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSIDlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di ataspintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suamiterhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadapkejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akanlari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh
.2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya
.5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' 'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'

Biro-Biro

Biro Ekonomi
Cik Nur Afni Binti Othman - Pengerusi
Tn. Syeikh Ahmad Tarmizi Bin Abdul Halim - AJK
En. Wan Nor Kamal Bin Wan Harun - AJK

Biro Kebajikan
En. Ali Bin Taha - Pengerusi
Pn. Ruzaini Binti Sabu - AJK
Pn. Siti Ajar Binti Din - AJK
Cik Suzaini Binti Mohd Radzi - AJK

Biro Sukan & Rekreasi
Tn. Syeikh Zain Ali Bin Abd Ghani - Pengerusi
En. Zulkifli Bin Shaari - AJK
En. Muhammad Fadhli Bin Basir - AJK
En. Zekree Bin Ismail - AJK

Biro Penjanaan & Penerbitan
Tn. Syeikh Hafiz Helmi Bin Hashim - Pengerusi
Cik Syaripah Rosdiyana BInti Syed Ahmad - AJK
Pn. Norintan Fairulliza Binti Jamaluddin - AJK

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berjaya

Selamat berjaya kepada Tuan Hakim MRS daerah-daerah yang mengambil peperiksaan PTK baru baru ini..Kami mendoakan kejayaan tuan-tuan semua

Penggunaan Penutup Mulut Dan Hidung (Mask) Di Kalangan Masyarakat

Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
Individu berusia 65 tahun dan ke atas
Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
Wanita mengandung
Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?
Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).
Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?
Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.
Apakah kegunaan surgical mask?
Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.
Rujuk lampiran 1 bagi rumusan penggunaan mask /respirator
Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?
Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
- Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.
Saranan WHO berkaitan dengan Kebersihan Tangan
Bagi individu yang sihat :
Kekalkan jarak sekurang- kurangnya 1 meter daripada individu yang disyaki menghidap influenza :
Jangan menyentuh mulut dan hidung.
Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun dan gunakan bahan pembersih tangan berasakan alkohol, terutamanya jika menyentuh mulut dan hidung dan permukaan yang mungkin boleh tercemar.
Seboleh- bolehnya, elakkan kontak rapat dengan mereka yang sakit.
Seboleh- bolehnya juga, elakkan berada di tempat sesak;
Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda
dengan sentiasa membuka tingkap
Bagi individu yang disyaki mengalami influenza :
Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat dan patuhi arahan doktor ;
Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mereka yang sihat dan dan pakailah mask bila mempunyai kontak dengan ahli keluarga.
Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi menghalang penyebaran titisan respiratori. Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.
Pastikan pengudaraan di rumah adalah baik.
Pekerjaan (penjagaan kesihatan)
Menjaga mereka yang disyaki atau telah menghidap H1N1 atau influenza
Mask disyorkan kecuali untuk prosedur berisiko, penggunaan N95 adalah disarankan

Cegah influenza A(H1N1)

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun
Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
Gosok kedua-dua tapak tangan
Gosok setiap jari dan celah jari
Gosok kuku di tapak tangan
Gosok belakang tangan dan celah jari
Cuci tangan dengan air bersih
Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)
Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
Letak bahan pencuci ke tapak tangan
Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit
Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:
Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
Bila-bila masa tangan anda kotor

Influenza A(H1N1) :

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.
Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
Berehat secukupnya.
Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
Amalkan adab batuk yang baikPesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
Jangan kongsi peralatan peribadiPeralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
Batuk berdarah atau kahak berdarah
Sakit dada berterusan
Cirit-birit atau muntah yang kerap
Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
Rasa pening apabila berdiri
Kurang kencing

Tahniah

Tahniah kepada En Esham bin Ibrahim, Pembantu Am Pejabat MRS Baling diatas kelahiran cahaya mata pertama pada 23 Ogos 2009.Semoga beroleh keberkatan sempena Ramadhan Al Mubarak

AHLI JAWATANKUASA BKDR JKSNK SESI 2009/2011

  • Tuan Syeikh Ahmad Sukri bin Che Din -Pengerusi
  • Tuan Syeikh Zain Ali bin Abd Ghani -Timbalan Pengerusi
  • Tuan Syeikh Shahmi bin Awang -Setiausaha
  • Encik Ahmad bin Md Isa -Bendahari
  • Tuan Syeikh Ahmad Tarmizi bin Abdul Halim -AJK
  • Tuan Syeikh Hafiz Helmi bin Hashim
  • En Wan Nor Kamal bin Wan Haron
  • En Ali bin Taha
  • En Zekree bin Ismail
  • En Muhammad Fadli bin Basir
  • En Zulkifli bin Shaari
  • Puan Ruzaini binti Sabu
  • Cik Suzaini binti Mohd Radzi
  • Puan Norintan Fairulliza binti Jamaluddin
  • Cik Azniza binti Abd Aziz
  • Cik Syaripah Rosdiyana binti Syed Ahmad
  • Puan Siti Ajar binti Din
  • Puan Nur Afni binti Othman

Badan Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

Tujuan dan Matlamat Penubuhan;

1.Untuk mengumpul semua pegawai dan kakitangan JKSNK dan menanamkan ikatan persaudaraan serta hubungan yang mesra

2.Untuk menjaga kebajikan dan faedah ahli serta memeliharanya

3.Untuk memperkenalkan dan mengadakan samada secara sendiri, bersama dengan mana mana persatuan atau pertubuhan,kelab berdaftar atau mana mana orang , pertandingan yang berbentuk sukan dan aktiviti dan perlawanan dan menawar, memberi atau menyumbang hadiah, medal medal dan anugerah dan untuk memperkenalkan, mengadakan atau menganjurkan makan malam dan seumpannya

4.Memenuhi menyumbang,menaja,membantu,menolong atau menganjur,pendidikan ahli-ahli dan keluarga mereka yang memerlukan

5.Untuk melabur dan berurusan dengan wang Badan yang tidak digunakan dalam masa yang singkat di atas dan dalam keadaan dari semasa ke semasa akan ditetapkan dan semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Badan ini hasil penyertaannya dalam mana mana perniagaan dan pelaburan akan digunakan semata mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Badan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli badan.Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Badan ini.

6.Memenuhi dan menyumbang kepada badan badan amal,agama dan lain lain tujuan yang patut

7.Melakukan semua perkara yang sah dan bersempurna atau sesuai untuk mencapai tujuan tujuan diatas